Saturday, 28 April 2012

Otak-otak.

Seumur hidup aku tak pernah rasa atau teringin nak makan otak-otak dan selama ni aku ingatkan otak-otak tu otak lembu ke ayam ke, haha. Ibu ayah pun tak pernah ajar aku dan adik makan otak-otak, so aku tak pernah tahu apa isi otak-otak tu. Aku pun tak pernah tanya otak-otak tu apa. Sampai la one day tergerak hati ni nak bertanya apa itu otak-otak baru la aku tahu yang otak-otak tu isi ikan tenggiri, nyummy nyummy. Semalam aku ikut housemate pergi pasar malam kat pekan Arau beli otak-otak. First time aku makan otak-otak, sedap weh! Murah je 1 keping 0.60 sen memang berbaloi.

Macam ni la rupa otak-otak yang aku makan semalam serupa dan warna pun merah macam ni, gambar ni aku google sebab otak-otak yang aku beli semalam tak sempat nak ambil gambar dah habis semua dalam perut kena telan, haha.

Ada juga otak-otak yang warna putih.

Macam macam ada ! 

Sesiapa yang tak pernah cuba lagi, cuba la aku jamin semua pasti suka. Sedap, murah dan berbaloi. Ini first try aku makan otak-otak memang tak mengecewakan. Lepas ni nak cuba otak-otak kat tempat lain pula. Jauh perjalanan luas pemandangan.

Friday, 27 April 2012

Intersession & exam result.

Orang lain seronok cuti semester, yang aku pula ada kelas. Bila dah buat intersession, maka tiada la cuti semester yang panjang untuk berlibur. Bayangkan satu subjek yang sepatutnya belajar dalam masa 4 bulan tapi aku kena cover semua chapter dalam masa sebulan. Kelas aku every weekday, then kelas awal pagi pula memang nice la kan! Dapat lecturer sporting happening tak apa juga, tapi yang dapat nya muka ketat je. Tak kisah la dengan muka ketat dia, janji dia ikhlas mengajar dan sedaya upaya dia curahkan segala ilmu yang ada buat student student dia. Terima kasih puan, jasa mu dikenang sepanjang zaman. Belajar pula memang laju mengalahkan jet pejuang, mana tak laju kalau satu buku tu kena habiskan dalam masa sebulan. Kau mampu? Aku je yang mampu (tepis rambut). Alhamdullillah, buat masa ni apa yang diajari dan dipelajari aku dapat catch up dan faham. Aku tak kata semua tapi mostly aku faham apa yang aku belajar dan harap harap cerah la result intersession aku nanti. Final exam lagi 2 minggu, jadi selamat maju jaya buat yang turut mengambil bahagian dan aku doakan semoga Allah mempermudahkan urusan kita. 

Hari ni semua student UiTM dah terima result exam masing masing. Ada yang bergembira dan ada yang berduka cita. Masa ni la kita nak tengok siapa kawan semasa kita gembira dan siapa kawan semasa kita berduka. Result aku? Jangan ditanya wahai sekalian makhluk tuhan paling seksi! Allah sentiasa menguji hamba yang dikasihi dan disayangi Nya. Kita jangan la terlalu gembira dan jangan pula terlalu bersedih kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah nya (acee, ada gaya nak jadi ustazah ni). Come on! Mungkin sekarang ada yang gembira result gempak meletup kebabom, tapi ingat roda sentiasa berpusing dan kita tak selalu diatas. Jangan sesekali riak dan takbur, jangan juga berpandang rendah pada yang kurang berjaya kerana dimata Allah kita semua sama taraf dan kedudukan nya. Pada yang sedang bersedih dengan result yang agak mengecewakan, jangan la over sampai ada yang nak bunohan diri bagai kerana mungkin sekarang kejayaan itu bukan milik kau tetapi InsyaAllah akan menjadi milik kau pada masa akan datang. Usaha itu tangga kejayaan, jadi jangan pernah jemu untuk berusaha ye kawan kawan (renung renungkan la dan selamat beramal). Tahniah buat yang berjaya mencapai target yang cemerlang dan tak berapa nak tahniah pula buat yang kurang bernasib baik. Tingkatkan prestasi, teruskan berusaha dan jangan sesekali berputus asa. 

Thursday, 26 April 2012

Beginner.

Asalamualaikum.
''Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong  jolokan,
 saya budak baru belajar, jika salah sila tunjukan''

Tiba tiba tergerak hati nak buat blog. Aku bukan la jenis yang rajin menulis atau pengarang tersohor tapi blog ni aku buat untuk kongsi serba sedikit tetang kehidupan aku dan kehidupan lain yang ada di muka bumi ini. Gambar dan cerita yang mana patut aku cerita akan di upload dan di tulis kat sini. Acee, excited ni nak main benda ni. Main? Ok, whatever.

This is me Syazana Roslan. Ibu aku jawa dan ayah pula dari keturunan cina, hasil hubungan suami isteri yang dah hampir 21 tahun tu dapat la aku yang rupa nya begini. Anugerah Allah maka bersyukur la aku di atas kurniaan ini.(acee, gambar rambut tutup mata gitu)